Belanjawan Malaysia

Belanjawan Malaysia atau Bajet Malaysia dibentangkan setiap tahun oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mengenal pasti cadangan hasil dan perbelanjaan kerajaan dan ramalan keadaan ekonomi untuk tahun yang akan datang dan dasar fiskal untuk tahun-tahun akan datang. Belanjawan negara merupakan rancangan ekonomi tahunan yang akan memainkan peranan yang dinamis secara menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian pendapatan di dalam keadaan kewangan yang stabil[1]. Belanjawan negara termasuk anggaran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan dan boleh menggariskan inisiatif dasar baru. Belanjawan Malaysia biasanya dibentang pada suku akhir tahunan iaitu antara September hingga Disember, sebelum permulaan tahun fiskal. Semua negeri di Malaysia juga membentangkan belanjawan. Oleh kerana kewangan negara bergantung kepada wang dari kerajaan persekutuan, belanjawan peringkat negeri biasanya dibentang selepas pembentangan peingkat Persekutuan.Belanjawan Malaysia dibentang kepada umum melalui pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan di Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan Malaysia untuk diluluskan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Yang di-Pertuan Agong.

Rujukan

WikiPedia: Belanjawan Malaysia http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-011... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-051... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-061... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-061... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-090... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-121... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-141... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-161... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-171... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-171...